Tuesday, March 29, 2011

Perempuan Cantik Memandu Tak Ingat Dunia???!

Assalammualaikum & slm sEjahtera,.

hee.. bagi sesiapa yg dgr HOTFM sure tau  hot chat hr ni kn,.. Ceta hr ni mengenai, perempuan pandu kreta xpandg kiri kanan. Betul ka?

Hohoho~
act,. aku xnafikan benda 2,.. mmg dikalangan pemandu yang memandu secara merbahaya rata-ratanya di kalangan pemandu perempuan. Aku kdg bengang jg bila jumpa pemandu mcm ni.
Pernah 2 aku jumpa, memotong kereta dr lorong kiri ke lorong kanan ikut suka hati dia ja,. sekali tgk pemandu perempuan,.adoiiii~
tp., xble jg cakap xda pemandu llaki yg buat hal yg sama,..hee

Ada jg pemandu yang sok paling hebat terdiri daripada pemandu lelaki..heee~
So,. xkisah la pemandu 2 lelaki ka...perempuan ka,.. apa yang penting, disiplin, budi bahasa & pengetahuan kita tentang pemanduan berhemah.

Kdg2 ada org memandu berhati2,..tp mereka x alert dgn lorong yang harus digunakan,. e2 juga salah 1 sebab kita terdedah kpd bahaya,..

Disini ada beberapa tips yg ak nak share dgn korang,.. yg act,..aku pun ambil dr Edan blogspot,..
hehhe~
terima kasih/... (Lambai2..)

-PANDU SECARA KONSISTEN

Jangan memandu seperti hilang pedoman seperti sekejap laju sekejap perlahan mahupun melelong-lelong.

-KELAJUAN YANG BETUL
Ikuti had laju yang disarankan.

-GUNA CERMIN SISI
Sebelum memotong pastikan anda memerhati cermin pandangan sisi dan belakang agar anda mengetahui kehadiran kenderaan dibelakang dan tepi anda. Jangan lupa untuk memandang cermin-cermin tersebut dalam tempoh setiap 5 saat agar keselamatan sentiasa digenggaman anda.

-LAMPU ISYARAT JANGAN LUPA
Jangan biar pemandu lain terkejut dengan tidakkan anda membelok/memotong tanpa memberi lampu isyarat. Seeloknya beri lebih awal agar mereka tahu akan apa kemahuan anda.

-BREK DENGAN PERLAHAN
Beri brek peringatan sekali sebelum berterusan membrek dan berhenti sepenuhnya. Janganlah membrek dengan cemas tetapi jika ada kejadian yang tidak diingini berlaku dihadapan pastikan anda peka untuk membrek dengan tepat.

-MEMECUT PADA MASANYA
Anda dibenar memecut tetapi bukan melulu. Memecut pada lampu isyarat bertukar hijau agar membantu kelancaran trafik.

-BERHENTI DI TEMPAT SEPATUTNYA
Janganlah berhenti melepasi garisan berhenti ketika di lampu isyarat merah. Pilihlah tempat berhenti yang paling selamat dan luas jika mahu berhenti disebelah bahu jalan.

-JARAK YANG SELAMAT
Memandulah dengan anggaran sebuah kereta dengan kereta dihadapan anda.

-LAMPU KECEMASAN
Ia hanyalah digunakan ketika anda benar-benar dalam kecemasan dan tentunya kenderaan anda sudah berhenti. Jangan gunakan ia tika kereta bergerak, dalam hujan dan berkonvoi. Ini akan menyusahkan anda jika mahu membelok.

1 comment:

  1. Eh!
    maaf ya,.. kita lupa pla mo selit sekeping dua gambar,..heee~
    Hope u gUys tetap eNjOy,.....

    Terbbbaaeekkkk~

    ReplyDelete