0% BPA
Target kita kali ni..hee
Awal pagi ni da ceta pasal botol susu kan?
hee~
sementara ak xda kerja ni..,teeetttt!! (@_@)
Kalo bos ak baca bLog ni x ke naya,..hahaha~
habiss! Tamat la riwayat kesan dEgiL,..LOL
OK,.
kali ni,. utk ibu2 & bapak2 d alu2kan utuk membacanya,. walaupun dikalangan kita ramai yg da tahu pasal BPA ni,..alhamdulillah..
Tp, ak rasa bertanggugjawab utk kongsikan bersama2 blogger2 skalian alam,..haha~
Nampak hEbat ja kan..
Tingkatkan Usaha & Pengetahuan!! Jiayou2
Apa itu Bisphenol A yang dikenali dgn singakatan nya BPA?
--> BPA merupakan bahan KIMIA INDUSTRI yang digunakan dalam penghasilan botol susu bayi polikarbonat.
PERBEZAAN botol susu diharamkan policarbonate (kanan) dengan botol susu boleh digunakan..
Kesan BPA kepada kesihatan Manusia dalam erti kata lain, kita la..hee
--> BPA ni yg diketahui oleh si bijak pandai boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekaligus mengganggu SISTEM FUNGSI TUBUH. (Xbahaya ko kata!)
Walau bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi.
Ini mewujudkan keadaan yang TIDAK PASTI serta tiada jaminan keselamatan bagi bayi yang terdedah kepada BPA. (erm,. Sedikit CAPS LOCK disitu, menunjukkan betapa seriusnya apa yg kita perkatakan skrg ni)
Jesteru, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA mengambil keputusan MENGHARAMKAN.. lagi sekali kawan2... mengharammmmkan... penggunaan botol susu bayi POLIKARBONAT mulai 1 MAC 2012. Keputusan pengharaman ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang menunjukkan botol susu polikarbonat yang mengandungi BPA adalah selamat digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutamanya bayi dan kanak-kanak.
(Mentang2la kerajaan haramkan start tahun depan,. jgn pla ko pndi2 bg anak ko ka,. anak org ka guna botol susu polikarbonat ni k.. Elakkkk,..elakkk)
Dalam tempoh satu (1) tahun ini, sekiranya pengguna masih menggunakan botol susu polikarbonat, pengguna perlu ambil langkah berjaga-jaga seperti yang disarankan oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada BPA.
PANDUAN PENGGUNAAN
Kenalpasti Botol Susu Bayi Polikarbonat
Botol susu bayi polikarbonat bersifat KERAS dan LUTSINAR dimana ianya mengandungi BISPHENOL A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati dibawah botol susu seperti berikut.
Nombor 7
Nombor 7 dan PC
Nombor 7 dan "others"
Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan 'BPA free' atau 'Bebas BPA'
Pengendalian Botol Susu Bayi Polikarbonat
1. Steril Botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada.
Jika TIADA, penggunan perlu merendam botol susu bayi poli
2. ELAKKAN menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.
3. Gunakan peralatan MENCUCI botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
4. Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan CALAR atau ROSAK, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 BULAN.
Namun, pengguna juga boleh mambuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing.
Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran seperti yang diperbuat daripada :
- POLYPROPYLENE (PP)
- POLYETHERSULFONE (PES)
- POLYAMIDES (PA)
- KACA
- STAINLESS STELL
- POLYCARBONATE BEBAS BPA
Cuba ko tekan sini kalo mo kasi besar~ |
[EverLasting mOment]
Ingat kawan-kawan,
Jangan buat sambil lewa tauuu!!~
No comments:
Post a Comment