Tuesday, April 12, 2011

Report Group "Fuck Sabah"

Assalamualaikum dan salam sejahtera~

Hi kawan2,.
Well pagi2 ni.. alhamdulillah,. dimulakan semuanya dengan rasa aman dan bahagia.
Tgh ku 'baring2' sambil usha2 blog member,. tiba2 aku ternampak satu post yg x berapa best dibaca feelingnya,..
Ada jg org mcm ni dkt Malaysia ni kan..
Hurm~

Aku baca ni pun dr WASABER <3..
aku da jalan kan tanggungjawab aku sebagai Sabahan..
Sila jalankan tanggungjawab mu,..hehe
Act,. bukan mau bersikap perkauman.,kita bukan mau sokong sapa2..tp.. lebih baik kalo perkara2 macam ni dpt di elakkan rite?
Aku xmo ckp lebih2,..pandai2la korang fikirkan mana betul & salah,.. mana baik & buruk,..ok..
Happy Reading..LOL

Walaupun kerajaan telah melaksanakan gagasan 1 Malaysia dengan giatnya, namun terdapat juga segelintir individu yang boleh disifatkan sebagai 'racist' atau bersifat kenegerian/perkauman di Malaysia. Negeri Sabah menjadi sasaran mereka yang tidak bertanggungjawab dengan menghina negeri Sabah secara terang-terangan di rangkaian sosial Facebook melalui group yang diberi nama "Fuck Sabah". Dari nama grouptersebut sahaja kita sendiri dapat menilai tahap pemikiran cetek pencipta grouptersebut, sewenang-wenangnya tanpa memikir sensitiviti kaum di Malaysia. Hal sebegini tidak sepatutnya wujud. Hal ini hanya akan menyebabkan masyarakat Malaysia berbalah sesama sendiri. Diharap pihak kerajaan mengambil tindakan sekeras-kerasnya kepada pelaku kerana hal ini melibatkan perkauman.

Adakah perlu dikenakan tindakan ISA kepada pelaku sebegini supaya kejadian ini tidak berulang lagi? kerana perkara ini mampu melahirkan dendam perkauman yang mungkin membawa kepada perbalahan/rusuhan kaum.

Setelah melihat isi kandungan group tersebut, ternyata ianya langsung tidak membawa manfaat malah memberikan impak yang negatif melalui balasan komen yang berbaur emosi marah, geram sehingga memaki sesama sendiri. Perkara ini sangatlah tidak sihat apabila melihat kita sesama sendiri berbalah dan bermusuh. Perkara sebegini sangat menyedihkan.

Pihak WSB ingin meminta bantuan daripada para Wasabers untuk melakukan laporan/report terhadap group tersebut agar pihak Facebook mengalihkan group tersebut dari rangkaian mereka dengan segera.

Langkah-langkah:
1. Log masuk ke dalam akaun Facebook anda.
2. Pergi ke Group "Fuck Sabah".
3. Pergi di bahagian paling bawah.
4. Klik pada Report Group > Contains hate speech or attacks an individual > Targets a race or ethnicity.
5. Selesai!

Tahniah! Anda merupakan individu yang prihatin dengan nilai hormat dan telah menyumbang kepada keamanan sejagat sesama kita rakyat Malaysia. 

WSB suka 'Damai'

Sebarkan artikel ini kepada seluruh warga Sabah dan seluruh rakan anda di seluruh Malaysia bagi mengelakkan kejadian sebegini daripada berlaku lagi di masa akan datang.


p/s: Rusuhan kaum 13 Mei 1969 sangat mengerikan.

No comments:

Post a Comment